Dariku Untukmu...Airis Qaleisya Putri binti Akmal....


Wednesday, July 14, 2010

monthly checkup + booking 3d,4d scan + antenatal class


editor : ayah baby

monthly checkup @ poliklinik UKM[9.7.10]
Pada jumaat lepas bersamaan 9 July 2010, baby ada monthly check-up yang dah terlewat beberapa minggu..Seperti biasa ibu request kat ayah nak pergi tgh hari tapi ayah tak available masa tu...so last minute punya plan ibu kata nak g jumpa dr kul 5.30 ptg(sampai sharp kul 5.30 kat depan klinik)...seperti biasa ibu akan buat urine test untuk check kandungan gula(rasanya)..selepas no giliran berdetik di papan giliran, ibu n ayah pon masuk untuk jumpa Dr Fazilah..dr check blood-pressure ibu and detik paling ditunggu-tungu adalah nak tgok baby..so mula2 dr scan dah nampak baby..tgh relaks sambil berlunjur kaki dan tangan di kepala(dr kata tgh nari)..ish2...dpt tgok tulang belakang baby,tulang muka,tulang lain dan still posisi menyilang kaki untuk menyembunyi jantina baby...lepas dah tgok baby,ibu kena inject kancing gigi di sebelah tangan kiri..kesian ibu tak leh buat kerja nanti...
booking detail scan,3d,4d @an-nur Bangi[10.7.10]
tepat jam 11.30 ayah dan ibu telah pergi ke an-nur bangi untuk tgok pakej scan yang ada...kami setuju untuk ambil pakej detail scan,3d,4d, + cd,kami pun tempah tarikh untuk buat scan pada minggu baby berusia 27 minggu pada 27.7.10[macam kebetulan la plak..manyak ong ma]..so lepas buat tempahan, ayah dan ibu perlu bergerak ke Hospital Pantai Cheras untuk Antenatal Class..sebelum pergi ayah dah singgah ke Petronas untuk beli wafer Choc+peanut butter,tiba-tiba baby terliur nak wafer gak...ibu makan sampai berlemoih[comot],ayah kena marah sebab kecomotan ibu...
antenatal class @pantai hospital cheras
ayah dan ibu sampai tepat kul 1.00p.m di hospital pantai cheras...selepas register ayah dan ibu masuk kelas antenatal..ibu kata tempat duduk ibu kat sebelah bonda baby[lin],bila masuk jer dalam kelas tu, dah ada orang duduk kat situ,ibu n ayah cari tempat duduk lain...[nanti baby kata: apa la ayah ni,tulis benda tak penting]..kelas pertama disampaikan oleh Dr Suriati Akmal[senang ingat sebab nama macam ayah] dengan topik yang berkaitan pregnancy,kelas kedua oleh Dr Fong mengenai breastfeeding,kelas ketiga oleh wakil stem-life[memang interesting tapi mahal untuk buat stem-cell], kelas keempat dengan Ketua Jururawat wad bersaln mengenai tips2 penjagaan baby[mandi baby] dan last sekali dari wakil dumex..bagi ayah dan ibu,pengalaman mengikuti kelas ni sangat bermakna sebab banyak info yang kami dapat..lepas ni nak cari yang ada praktikal...kan ibu kan...
shopping barang basah @tesco
lepas jer dari hospital pantai cheras, ibu ajak ayah pergi tesco ampang untuk beli barang-barang basah untuk masak kat rumah...baby seperti biasa mengeras sebab tak suka nak shopping benda2 bukan barang dia[mungkin letih kot],selepas selesai beli barang,kami pun pulang ke rumah

2 comments on "monthly checkup + booking 3d,4d scan + antenatal class"

Ours.... on July 14, 2010 at 3:13 PM said...

sungguh2 skema bile ayah yang tulis kat blog beby..hehe

bayi ibu on December 22, 2015 at 12:16 PM said...

terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 2d detail scan , 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

Post a Comment

 

Our Dear...Dearest!! Copyright 2009 All Rights Reserved |